Friday 15 July 2011

UJIAN

minggu depan pelajar2 di sekolah saya akan menduduki ujian bulanan 2. tentunya hujung minggu ini menjadi hujung minggu yang sibuk dengan jadual ulangkaji dan kelas-kelas tusyen. bagi ibu bapa yang anak2nya masih di bangku sekolah rendah (seperti saya) tentunya turut risau akan musim ujian ini. ada waktunya kerisauan ibu bapa melebihi kerisauan anak2 itu sendiri.........

namun disebalik ujian akademik, ada ujian lain yang ingin saya kongsikan. walaupun usia kita sudah menginjak ke angka yang matang, kita juga perlu menghadapi ujian. bezanya ialah kita tidak melalui ujian bertulis sebaliknya melalui ujian kehidupan sebagai kelangsungan dalam meneruskan perjalanan panjang itu. 

setiap individu di muka bumi ini pasti pernah melalui ujian. baik ujian kecil atau ujian besar. saya sendiri melalui pelbagai ujian sepanjang langkah kehidupan ini. ujian yang saya anggap palin besar dalam hidup saya ialah apabila saya diuji dengan KEHILANGAN orang-orang yang saya sayangi. saya kehilangan ibu ketika usia saya baru melepasi 4 tahun. walaupun usia itu dianggap sangat mentah, namun saya masih boleh memutarkan segala rakaman kenangan bersama arwah ibu. ibu kembali kepadaNya pada usia 24 tahun. jika dihitung-hitung, sekarang usianya sudah mencecah 55 tahun........ jika masih hidup, usia beliau hampir mencecah usia bersara. wah... baru saya tahu beliau rupanya sebaya dengan penolong kanan kokurikulum di sekolah saya........

selepas itu saya melalui beberapa siri kehilangan lagi iaitu kehilangan datuk pada tahun1997 dan kehilangan nenek pada 5 Januari 2010.  sejak itu saya rasakan saya langsung tiada tempat bergantung kecuali suami dan keluarga sebelah suami. mudah2an jodoh ini berkekalan sehingga ke syurga...

selain daripada diuji dengan kehilangan...sebenarnya banyak lagi ujian dalam kehidupan seharian sama ada kita sedar atau tidak. kadang2 kita dikurniakan kegembiraan yang tidak berbelah bagi. sehingga kita lupa musim sedih kita... itu pun ujian juga. ujian sama ada kita bersyukur atau tidak dengan kegembiraan yang Allah beri itu.
kadang kala ujian datang dalam bentuk kesenangan material. kita diberi rezeki yang melimpah ruah dan tidak putus-putus.... mungkin untuk menguji sama ada kita mengingati pada orang-orang sekeliling yang serba kekurangan atau tidak.
kita juga diuji dengan kasih sayang dari org sekeliling yang melimpah ruah. seronok apabila orang2 di sekeliling kita semuanya menyayangi. contohnya suami, isteri, mak, ayah, mertua, adik beradik, ipar duai anak-anak, dan sahabat handai. mungkin untuk menguji adakah kita menghargai kasih sayang yang telah diberikan kepada kita.

tidak kira apa sahaja bentuk ujian yang kita terima... yang penting kita mesti menangani ujian itu dengan penuh berhemah. positifkan diri kita bahawa setiap ujian yang kita terima pastinya ada hikmah istimewa di sebaliknya. Allah beri kita hujan lebat hari ini, kerana Dia nak berikan kita pelangi selepas hujan itu berhenti....
marilah kita bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada kita dan marilah kita sama-sama suci bersihkan hati kita dari segala kekotoran.

No comments:

Post a Comment