Tuesday 5 July 2011

peningnya ada pembantu tetapi leganya jika berbaik sangka

salam....
saya ada seorang bibik. orangnya kecil molek. tingginya sama dengan anak sulung saya yang darjah 2.
salbiyah memang cekap, pandai mengaji dan rajin bersolat. walaupun kecik, tapi orangnya cekal dan rajin. dia baru sahaja menyambung permit kerja sementara untuk tahun yang ketiga. saya bersyukur kerana mempunyai seorang pembantu sepertinya.
walaupun mempunyai seorang pembantu seperti salbiyah, saya tidak terlepas daripada konflik dalaman majikan yang ada pembantu indonesia ni. mungkin ramai di luar sana setuju yang mempunyai pembantu rumah ni badan tak penat tapi kepala pening.
salbiyah ni pada dasarnya tak ada masalah sangat. tapi saya tidak boleh menolak fikiran buruk yang sering muncul mengganggu ketenangan saya. selalunya saya rasa bimbang andai tiba2 pembantu saya melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan saya atau keluarga saya teraniaya. apatah lagi andai mangsa itu ialah anak2 saya yang baru nak membesar.
namun begitu..... saya sering kali memujuk diri..... berburuk sangka sebenarnya tidak memberi apa2 keuntungan kepada saya. jalan terbaik ialah sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah. mudah2an dia melindungi anak2 saya dan seluruh keluarga saya dari sebarang penganiayaan dan kezaliman.
rupa2nya dengan berfikiran begitu, boleh membuat saya tenang dan lega. mudahnya Allah membantu saya. nikmat yang nampak sedikit, tetapi memberi kesan besar dalam diri saya.
andaikan jika dengan berburuk sangka kepada pembantu rumah yang keterlaluan... ia mungkin menyebabkan mood saya teruk bila saya pulang ke rumah lewat petang setiap hari. tentunya saya akan melepaskan kemarahan kepada pembantu rumah dengan cara yang kurang wajar. kasihan pembantu yang tidak tahu apa2 dan mungkin sepanjang hari itu bertungkus lumus bekerja dan menjaga anak2 saya dengan ikhlas dan sempurna.
Mudah-mudahan Allah sentiasa menyuci dan membersihkan hati saya dan org2 yang berada hampir dengan saya.


No comments:

Post a Comment