Tuesday 5 July 2011

tanya jalan

petang semalam saya tiba awal ke sekolah SBT anak saya. setiap petang saya akan menjemput mereka pulang memandangkan suami sentiasa sibuk dan tidak memepunyai kesempatan.
sambil menunggu waktu anak2 pulang dari sekolah, saya mengambil peluang membaca buku 50 tips Motivasi Haji tulisan Profesor Muhd Kamil Ibrahim. buku itu saya peroleh melalui pesanan internet.

dari jauh saya nampak 4 anak muda berjalan ke arah kereta saya. mereka berhenti di hadapan kereta saya dan seolah2 sedang cuba menahan teksi. tentunya sukar mendapatkan teksi di kawasan sekolah yang dipenuhi oleh kenderaan ibu bapa yang menunggu anak2 pulang dari sekolah.

saya yang leka membaca , tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan pada cermin kereta saya. salah seorang pemuda itu memberi isyarat. saya fikir mereka cuba hendak menjual atau mempromosi sesuatu. tanpa berfikir panjang, saya mengangkat tangan dan memberi isyarat tidak berminat.

pemuda itu seolah2 tidak faham isyarat saya. oleh kerana saya tidak berani menurunkan cermin tingkap, sayup2 saya dengar pemuda itu memberitahu dia mahu bertanyakan arah jalan.  dengan perasaan berbelah bahagi saya menurunkan sedikit cermin kereta. dalam situasi sedemikian pastinya saya bimbang andai pemuda itu sebenarnya mahu meragut atau berniat jahat.

rupa-rupanya pemuda itu benar2 mahu bertanya jalan. alahai, kesiannya. saya telah menyangka yang bukan2 terhadap dia dan 3 orang sahabatnya. katanya mereka dari Kuala Lumpur dan sedang mengadakan road show di tempat saya. tidak pula saya bertanya apa road shownya.

disebabkan rasa bersalah dan kesian , saya menawarkan diri untuk menelfon teksi memandangkan sukar bagi mereka mendapatkan teksi dari situ. namun , Allah memudahkan laluan mereka apabila tiba-tiba ada sebuah teksi kosong lalu ke kawasan tersebut.

begitulah keadaannya bila persekitaran kita hari ini semakin tidak selamat. kita sentiasa terlalu berwaspada walaupun di kawasan yang sibuk. saya memang sangat paranoid dengan kejadian jenayah seperti rompak, ragut, bunuh dan sebagainya. mudah-mudahan Allah akan melindungi saya, keluarga saya dan kita semua.m

No comments:

Post a Comment