Thursday 7 July 2011

sahabat ketawa dan sahabat menangis....

saya baru sahaja balik dari hospital....melawat sahabat yang katanya kegagalan buah pinggang pada usia muda.
apa yang membuatkan saya rasa terharu ialah, ramai pelajar dan rakan-rakan guru yang melawat sahabat saya ini. untungnya beliau kerana orang2 di sekelilingnya begitu mengambil berat akan beliau.

lazimnya , kalau ada rakan yang sakit, kami biasanya melawat sekali dua sahaja. tapi apa yang mengkagumkan saya ialah ada antara rakan2 saya  melawat sahabat yang sakit ini hampir setiap hari. walaupun beliau ditimpa musibah sedemikian, tetapi hikmahnya ialah dia dapat menilai sahabat  sekelilingnya...siapa yang sanggup menangis dan ketawa dengannya. 

dalam situasi ini, saya angkat jari dengan dengan beberapa rakan yang sering mengambil berat tentang beliau. antaranya Noor Hidayah binti Nooh, Jame'ah binti Mohajir, Tengku Nor Afzan , Haryati Isa, Iskandar Shah, Norrizah, Zuraidah, Syarimah dan ramai lagi. mereka ini hampir setiap hari melawat sahabat ini. mengambil berat akan perkembangan kesihatan beliau dan menjaga kebajikan beliau. layanan mereka setanding, malahan mungkin lebih dari layanan keluarga sendiri.. saya agak begitu.

tiba-tiba saya terfikir... kalau sayalah berada di katil hospital itu, ada ke anak2 murid yang datang melawat saya? ada ke rakan-rakan yang datang tengok saya setiap hari? bila saya muhasabah diri... saya bukannya beik sangat dengan rakan2... mungkin saya akan keseorangan di hospital. kalau benar begitu, alangkah sedihnya saya.....

namun saya tahu, sahabat2 saya ini semuanya prihatin dan baik hati. mudah2an mereka sentiasa mengingati saya dan mendoakan saya sebagaimana saya juga sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. :) agaknya begitulah ya.....

kepada sahabat saya Rusilawati.. semoga beliau tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Allah hanya menguji orang-orang yang dikasihi dan tahan dengan ujianNya. 

saya juga ingin meluahkan rasa terharu kepada sahabat yang sanggup mengajak ibu Rusilawati ke rumah mereka untuk berehat. Tengku Nor AFzan, Haryati dan seluruh isi rumah mereka. mereka antara orang yang dipilih oleh Allah. Allah nak beri rahmat berlipat kali ganda kepada mereka melalui Rusilawati. mudah2an mereka sentiasa diberi perlindungan dan keberkatan oleh Allah SWT.

banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik cerita Rusilawati ini. hikmah yang istimewa tentunya. Allah ada sebab mengapa dia turunkan ujian ini. Dia nak kita yang sihat ini berfikir dan mensyukuri nikmatNya. Dia juga nak menunjukkan betapa pentingnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini buat kita semua.

No comments:

Post a Comment