Monday 18 July 2011

PERPISAHAN

Semalam seluruh warga sekolah saya meraikan persaraan beberapa orang guru serentak di sebuah hotel di bandar ini. sebelum itu, satu majlis berasingan yang diadakan khusus untuk penolong kanan yang khidmatnya tamat pada tarikh 17 Julai 2011 setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun.

yang pertama , Puan Ling Mee King.. seorang guru berbangsa Cina yang mengajar mata pelajaran Matematik. seorang yang baik hati dan sentiasa membantu apabila perlu. beliau seorang yang sederhana tetapi cepat panik dan kelam kabut bila berlaku sesuatu di sekelilingnya. ketiadaannya dirasai...
                                           puan Ling duduk di bahagian belakang paling kiri

yang kedua , Cik hajah Latifah binti Abdul Razak. seorang yang prihatin dan keibuan. komited dengan kerjanya. beliau satu-satunya guru yang masih menggunakan OHP ketika mengajar di bilik darjah. antara keistimewaan beliau ialah beliau pandai menggubah dan minat dengan kerja tangan.
                                         Kak Pah : berkaca mata, bertudung biru kat tengah tu

yang ketiga pula ialah Puan Hajah Masniah binti Hosnan. bagi saya beliau paling istimewa. seorang yang sangat sederhana, tidak cerewet dan boleh berlebih kurang jika kena caranya. beliau orang yang paling komited yang pernah saya kenali. kehidupan beliau banyak dihabiskan dengan bekerja tanpa mengira hari cuti atau waktu rehat. beliau tidak memikirkan ganjaran atau kenaikan pangkat. malahan beliau telah beberapa kali menolak kenaikan pangkat yang ditawarkan. walaupun tidak terlepas dari cemuhan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang bawahan, namun beliau tidak pernah melatah. malahan ramai yg terasa dengan persaraan beliau. kami menggelarkan beliau dengan gelaran "PUTERI LINDUNGAN BULAN" kerana pada waktu-waktu tertentu dan dalam keadaan tertentu, beliau menjadi pelindung kepada kami. beliau menajdi tempat mengadu kebanyakan guru. sekarang bila beliau hilang dari sisi, kami sudah tidak ada payung!

                                    yang ni laa Puan Masniah.. walaupun gambar ini kelihatan poyo,
                                    tapi "i likeeeee" sebab rasanya dah lama tak pernah bergambar dengan
                                   seseorang macam ni. last bergambar macam ni ialah dengan nenek
                                   waktu konvo tahun 2000. lagi pun Puan masniah hampir sebaya
                                   dengan arwah mak saya.kira ok laa kan?


petang semalam kami meraikan ketiga-tiga pesara ini di hotel. ramai yang menyumbang kepada majlis ini. dengar cerita guru-guru yang naik pangkat yang belanja. guru yang dah pindah pun belanja. hmmm...... seronoknya. sekolah ni warganya memang prihatin dan mempunyai hubungan yang sangat rapat. bertuah berada di sekolah ini. sebab tu, walau apa pun yang berlaku, ramai yang masih bertahan di sini. yang penting kita sentiasa berfikiran positif!

kepada yang bersara...diucapkan selamat bersara... kehilangan kalian sangat kami rindui... mungkin takkan ada pengganti yang sepertimu tetapi mudah-mudahan kami memperoleh yang sama acuan dengan mu......!

kak Sarimah, Rin, saya , Melly
Kak lela, Fiza, Zuraidah, Azma, Hidayah Shafiee, saya
saya, kak norrizah@mama dan afzan

                                    

No comments:

Post a Comment