Tuesday 30 August 2011

Aidilfitri 2011

salam syawal..

dah lama saya tak update blog saya ni.. banyak sangat perkara yang nak difikirkan dan dibuat.... tup2.. hari ni dah raya. seperti 9 kali raya yang sudah.. saya menyambut syawal di johor bahru bersama keluar mentua dan ipar duai. family husband ni besar. 7 beradik semuanya. 4 beradik menetap di jb, 2 di shah alam dan 1 di manjung, perak.

suatu perkara yang menarik tentang keluarga ini ialah hampir setiap kali syawal mereka akan berkumpul . hampir tidak ada yang gagal.

aura syawal mula terasa sehari sebelum. saya dan suami akan ditugaskan untuk membeli segala barang basah.
berikut ialah senarainya :
1. ayam - 7 ekor
2. daging segar - 5 kg
3. babat - 1 kg
4. paru - 1 kg
5. udang - 2 kg
6. bawang - 1 guni
7. bawang puteh - 1 kg
8. kacang panjang - 2 kg
9. santan - 7kg
10. tempe - 25 keping
11. tauhu - 25 keping
dan macam2 lagi.... dah lupe... tu bahagian saya... bahagian kakak ipar saya lain pulak... dia bahagian barang kering...
daripada bermacam2 bahan ini, maka terhasillah menu berikut :
1. sambal goreng tempe
2. ayam masak merah
3. rendang daging
4. ketupat
5. kuah kacang

hmm.... meriah tak... hehehe... jom kita tengok sape laa yang memeriahkan hari raya saya di johor bahru ni...

 kesayangan ku : dari kiri; aqil nur iman, papa, mama, Khayra dan nubla

                    salam-salam raya... macam salam masa batal air sembahyang je

                         bersama aqil dan nubla yang puasa sepanjang Ramadan

                   keluarga akak : from left; aqila, akak, abang fendi, ameera, athirah


ini aje laa yang sanggup saya upload kat sini... ini cuma sebahagian kecil... tapi saya percaya ia sudah cukup menggambarkan kemeriahan 1 syawal kami.. insyaAllah kalau ada kesmepatan, saya upload lagi...
okey, selamat hari raya!


Monday 18 July 2011

PERPISAHAN

Semalam seluruh warga sekolah saya meraikan persaraan beberapa orang guru serentak di sebuah hotel di bandar ini. sebelum itu, satu majlis berasingan yang diadakan khusus untuk penolong kanan yang khidmatnya tamat pada tarikh 17 Julai 2011 setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun.

yang pertama , Puan Ling Mee King.. seorang guru berbangsa Cina yang mengajar mata pelajaran Matematik. seorang yang baik hati dan sentiasa membantu apabila perlu. beliau seorang yang sederhana tetapi cepat panik dan kelam kabut bila berlaku sesuatu di sekelilingnya. ketiadaannya dirasai...
                                           puan Ling duduk di bahagian belakang paling kiri

yang kedua , Cik hajah Latifah binti Abdul Razak. seorang yang prihatin dan keibuan. komited dengan kerjanya. beliau satu-satunya guru yang masih menggunakan OHP ketika mengajar di bilik darjah. antara keistimewaan beliau ialah beliau pandai menggubah dan minat dengan kerja tangan.
                                         Kak Pah : berkaca mata, bertudung biru kat tengah tu

yang ketiga pula ialah Puan Hajah Masniah binti Hosnan. bagi saya beliau paling istimewa. seorang yang sangat sederhana, tidak cerewet dan boleh berlebih kurang jika kena caranya. beliau orang yang paling komited yang pernah saya kenali. kehidupan beliau banyak dihabiskan dengan bekerja tanpa mengira hari cuti atau waktu rehat. beliau tidak memikirkan ganjaran atau kenaikan pangkat. malahan beliau telah beberapa kali menolak kenaikan pangkat yang ditawarkan. walaupun tidak terlepas dari cemuhan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang bawahan, namun beliau tidak pernah melatah. malahan ramai yg terasa dengan persaraan beliau. kami menggelarkan beliau dengan gelaran "PUTERI LINDUNGAN BULAN" kerana pada waktu-waktu tertentu dan dalam keadaan tertentu, beliau menjadi pelindung kepada kami. beliau menajdi tempat mengadu kebanyakan guru. sekarang bila beliau hilang dari sisi, kami sudah tidak ada payung!

                                    yang ni laa Puan Masniah.. walaupun gambar ini kelihatan poyo,
                                    tapi "i likeeeee" sebab rasanya dah lama tak pernah bergambar dengan
                                   seseorang macam ni. last bergambar macam ni ialah dengan nenek
                                   waktu konvo tahun 2000. lagi pun Puan masniah hampir sebaya
                                   dengan arwah mak saya.kira ok laa kan?


petang semalam kami meraikan ketiga-tiga pesara ini di hotel. ramai yang menyumbang kepada majlis ini. dengar cerita guru-guru yang naik pangkat yang belanja. guru yang dah pindah pun belanja. hmmm...... seronoknya. sekolah ni warganya memang prihatin dan mempunyai hubungan yang sangat rapat. bertuah berada di sekolah ini. sebab tu, walau apa pun yang berlaku, ramai yang masih bertahan di sini. yang penting kita sentiasa berfikiran positif!

kepada yang bersara...diucapkan selamat bersara... kehilangan kalian sangat kami rindui... mungkin takkan ada pengganti yang sepertimu tetapi mudah-mudahan kami memperoleh yang sama acuan dengan mu......!

kak Sarimah, Rin, saya , Melly
Kak lela, Fiza, Zuraidah, Azma, Hidayah Shafiee, saya
saya, kak norrizah@mama dan afzan

                                    

Friday 15 July 2011

UJIAN

minggu depan pelajar2 di sekolah saya akan menduduki ujian bulanan 2. tentunya hujung minggu ini menjadi hujung minggu yang sibuk dengan jadual ulangkaji dan kelas-kelas tusyen. bagi ibu bapa yang anak2nya masih di bangku sekolah rendah (seperti saya) tentunya turut risau akan musim ujian ini. ada waktunya kerisauan ibu bapa melebihi kerisauan anak2 itu sendiri.........

namun disebalik ujian akademik, ada ujian lain yang ingin saya kongsikan. walaupun usia kita sudah menginjak ke angka yang matang, kita juga perlu menghadapi ujian. bezanya ialah kita tidak melalui ujian bertulis sebaliknya melalui ujian kehidupan sebagai kelangsungan dalam meneruskan perjalanan panjang itu. 

setiap individu di muka bumi ini pasti pernah melalui ujian. baik ujian kecil atau ujian besar. saya sendiri melalui pelbagai ujian sepanjang langkah kehidupan ini. ujian yang saya anggap palin besar dalam hidup saya ialah apabila saya diuji dengan KEHILANGAN orang-orang yang saya sayangi. saya kehilangan ibu ketika usia saya baru melepasi 4 tahun. walaupun usia itu dianggap sangat mentah, namun saya masih boleh memutarkan segala rakaman kenangan bersama arwah ibu. ibu kembali kepadaNya pada usia 24 tahun. jika dihitung-hitung, sekarang usianya sudah mencecah 55 tahun........ jika masih hidup, usia beliau hampir mencecah usia bersara. wah... baru saya tahu beliau rupanya sebaya dengan penolong kanan kokurikulum di sekolah saya........

selepas itu saya melalui beberapa siri kehilangan lagi iaitu kehilangan datuk pada tahun1997 dan kehilangan nenek pada 5 Januari 2010.  sejak itu saya rasakan saya langsung tiada tempat bergantung kecuali suami dan keluarga sebelah suami. mudah2an jodoh ini berkekalan sehingga ke syurga...

selain daripada diuji dengan kehilangan...sebenarnya banyak lagi ujian dalam kehidupan seharian sama ada kita sedar atau tidak. kadang2 kita dikurniakan kegembiraan yang tidak berbelah bagi. sehingga kita lupa musim sedih kita... itu pun ujian juga. ujian sama ada kita bersyukur atau tidak dengan kegembiraan yang Allah beri itu.
kadang kala ujian datang dalam bentuk kesenangan material. kita diberi rezeki yang melimpah ruah dan tidak putus-putus.... mungkin untuk menguji sama ada kita mengingati pada orang-orang sekeliling yang serba kekurangan atau tidak.
kita juga diuji dengan kasih sayang dari org sekeliling yang melimpah ruah. seronok apabila orang2 di sekeliling kita semuanya menyayangi. contohnya suami, isteri, mak, ayah, mertua, adik beradik, ipar duai anak-anak, dan sahabat handai. mungkin untuk menguji adakah kita menghargai kasih sayang yang telah diberikan kepada kita.

tidak kira apa sahaja bentuk ujian yang kita terima... yang penting kita mesti menangani ujian itu dengan penuh berhemah. positifkan diri kita bahawa setiap ujian yang kita terima pastinya ada hikmah istimewa di sebaliknya. Allah beri kita hujan lebat hari ini, kerana Dia nak berikan kita pelangi selepas hujan itu berhenti....
marilah kita bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada kita dan marilah kita sama-sama suci bersihkan hati kita dari segala kekotoran.

Sunday 10 July 2011

perabut oh perabut 1

hari ini kami memburu perabot di salah satu program pesta perabot di bandar ini. kali ini saya dan suami mengangkut semua anak2 kami.

bila bawak anak2 memang laa ada pron dan konsnya.... yang sulung kata lapar, nombor dua pun ikut lapar. nombor tiga nak shi-shi, nombor empat nak uk-uk....aduhai.... bibik pulak tak ikut serta... payah-payah... 

berbalik kepada soal perabot..sebenarnya perabot yang ada kat pesta-pesta (home fair, home deco, homedec dll) ni sama sahaja. sebab, syarikat yang menyertaonya pun sama. kalau nak cari perabot berjenama mahal kat fair ni, memang takde laa.. yang ada pun cuma home life je. sesekali ada lorenzo.
tapi suami saya ni bukan orang yang gile jenama. saya pulak... hehehe... perempuan memang suka berlebih-lebih kan? namun, memandangkan suami merupakan sponsor besar untuk rumah baru kami, saya akur dengan segala keputusannya. walaupun rancangan asal, kami berminat dengan sofa kulit yang harganya lebih 10k, namun hari ini saya akur dengan sofa kulit yang tidak berjenama hebat pilihan suami. 

hasil kebijaksanaan suami memujuk penjual itu, kami mendapat set sofa kulit gaya moden tetapi dibuat khusus untuk kami mengikut saiz yang kami kehendaki. kenapa begitu...? sebab saya tidak suka akan saiz asal sofa itu yang lebih kecil dan sempit. namun kesungguhan penjual itu meyakinkan kami bahawa dia boleh membuat set baru dengan ukuran yang kami minta, maka akhirnya suami saya cair juga dengan pujukan penjual lelaki berbangsa cina bermata coklat itu.
nampaknya kerusi klasik ala inggeris yang saya idamkan terpaksa laa dipendamkan dahulu.... mungkin ada hikmahnya.. InsyaAllah...

Saturday 9 July 2011

HITAM ITU MENAWAN

sejak kami mula menjalankan renovasi kediaman baru yang kuncinya kami dah terima lebih setahun yang lalu, setiap hujung minggu banyak kami gunakan untuk survey segala jenis kelengkapan dan keperluan sebuah rumah baru. 

antaranya ialah jeriji besi, lampu, sofa, set bilik tidur, langsir, jubin lantai dan bermacam-macam lagilah. semua perkara ini memerlukan ketelitian dan masa yang diperuntukkan pun buakn sedikit.

misalnya kerja "mensurvey" jubin lantai telah bermula sejak hampir dua bulan yang lalu. kebetulan suami seorang yang sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan. tentunya sangat berbeza dengan saya yang tidak begitu memerlukan masa yang lama dalam membuat pilihan. ( persetujuan untuk memilih lelaki ini sebagai teman hidup pun saya ambik masa beberapa hari atau beberapaa jam je kot..hehehe).

semalam, saya anggap hari yang sangat memuaskan hati kerana setelah sejak sekian lama memilih jubin lantai dari satu gedung ke gedung yang lain (rasanya seluruh gedung jubin lantai di bandar ini telah kami jelajahi)...... akhirnya kami membuat  keputusan dan memilih jubin yang kami suka. beberapa jam juga kami menghabiskan masa untuk menetukan jubin pilihan hati untuk memenuhi citarasa ruang dapur kering dan basah, dan bahagian patio di sebelah kiri rumah.

ini lah hasil pilihan kami :
                 ni tiles utk dinding laundry room.. murah giler rm 0.99 , brand cotto 

 tiles untuk lantai laundry room.. katanya antislip. permukaannya memang kesat dan kasar.

                                                     tiles untuk patio tepi rumah

                                                             tiles untuk dry kitchen

         wall tiles untuk wet kitchen.. harganya sgt murah.. serendah rm1.25/pc.. brand cotto

               floor tiles utk wet kitchen, kaler hitam legam.... betul ke keputusan saya ni?

haaaa.... itulah semua jenis2 jubin untuk kerja-kerja renovasi rumah kami. ok tak.... 
tapikan.. bila dah buat bayaran dan balik rumah... suami saya mula risau memikirkan jubin hitam untuk dapur basah yg kamim pilih. kebetulan ada seorang saudara yang pakar dalam hiasan dalaman ini memberi komen "dapur nampak sempit" jika guna konsep gelap (apa lagi kalau hitam). 

terpaksa laa saya google dan cari design dapur yang menggunakan konsep hitam.
sebenarnya tak salah menggunakan konsep hitam. nampak laa lain dari yang lain sket kan?  lagipun jika kita memilih lantai berwarna hitam dan table top dari warna yang sama, mungkin kita boleh bereksperimen dengan warna putih atau grey bagi pintu kabinet dan jubin dinding...
saya rasa pilihan saya ini tidak salah. saya akan terus mencuba meyakinkan suami saya sehingga dia tidak tertekan lagi dengan persoalan lantai warna hitam. (lagipun, jubin tu dia jual dengan harga tawaran murah, sebarang pertukaran atau pulang balik tidak dibenarkan).. wah, kalau begini, saya mesti yakinkan suami saya bahawa hitam itu menawan... hehehehe.. (macam dia pilih isteri.. walaupun mungkin menetapkan syarat hendak memiliki isteri berkulit putih, tapi akhirnya dia mendapat isteri yang berkulit hitam manis... kwang3)....

Thursday 7 July 2011

sahabat ketawa dan sahabat menangis....

saya baru sahaja balik dari hospital....melawat sahabat yang katanya kegagalan buah pinggang pada usia muda.
apa yang membuatkan saya rasa terharu ialah, ramai pelajar dan rakan-rakan guru yang melawat sahabat saya ini. untungnya beliau kerana orang2 di sekelilingnya begitu mengambil berat akan beliau.

lazimnya , kalau ada rakan yang sakit, kami biasanya melawat sekali dua sahaja. tapi apa yang mengkagumkan saya ialah ada antara rakan2 saya  melawat sahabat yang sakit ini hampir setiap hari. walaupun beliau ditimpa musibah sedemikian, tetapi hikmahnya ialah dia dapat menilai sahabat  sekelilingnya...siapa yang sanggup menangis dan ketawa dengannya. 

dalam situasi ini, saya angkat jari dengan dengan beberapa rakan yang sering mengambil berat tentang beliau. antaranya Noor Hidayah binti Nooh, Jame'ah binti Mohajir, Tengku Nor Afzan , Haryati Isa, Iskandar Shah, Norrizah, Zuraidah, Syarimah dan ramai lagi. mereka ini hampir setiap hari melawat sahabat ini. mengambil berat akan perkembangan kesihatan beliau dan menjaga kebajikan beliau. layanan mereka setanding, malahan mungkin lebih dari layanan keluarga sendiri.. saya agak begitu.

tiba-tiba saya terfikir... kalau sayalah berada di katil hospital itu, ada ke anak2 murid yang datang melawat saya? ada ke rakan-rakan yang datang tengok saya setiap hari? bila saya muhasabah diri... saya bukannya beik sangat dengan rakan2... mungkin saya akan keseorangan di hospital. kalau benar begitu, alangkah sedihnya saya.....

namun saya tahu, sahabat2 saya ini semuanya prihatin dan baik hati. mudah2an mereka sentiasa mengingati saya dan mendoakan saya sebagaimana saya juga sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. :) agaknya begitulah ya.....

kepada sahabat saya Rusilawati.. semoga beliau tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Allah hanya menguji orang-orang yang dikasihi dan tahan dengan ujianNya. 

saya juga ingin meluahkan rasa terharu kepada sahabat yang sanggup mengajak ibu Rusilawati ke rumah mereka untuk berehat. Tengku Nor AFzan, Haryati dan seluruh isi rumah mereka. mereka antara orang yang dipilih oleh Allah. Allah nak beri rahmat berlipat kali ganda kepada mereka melalui Rusilawati. mudah2an mereka sentiasa diberi perlindungan dan keberkatan oleh Allah SWT.

banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik cerita Rusilawati ini. hikmah yang istimewa tentunya. Allah ada sebab mengapa dia turunkan ujian ini. Dia nak kita yang sihat ini berfikir dan mensyukuri nikmatNya. Dia juga nak menunjukkan betapa pentingnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini buat kita semua.

buntu

kadang kala bila kita terlalu penat dan sebuk.. fikiran kita pun akan jadi buntu. saya pun tengah buntu ni.. macam2 yang saya buntukan....
saya tak tau nak mulakan kerja apa petang ni.malam ni nak masak apa. dan nak tulis apa kat entry ni agaknya ya?
saya rasa saya kena makan examo la.. macam anak2 saya. biar oksigen sampai ke otak. jadi takde laa saya buntu sangat.
tak pun saya kena makan kismis atau kurma setiap hari. biar fikiran saya ni tak buntu sangat.

Wednesday 6 July 2011

mudah-mudahah Allah beri dia kekuatan

semalam kami di bilik guru dikejutkan dengan berita seorang sahabat yang tidak disangka-sangka telah didiagnosis kegagalan kedua-dua buah pinggangnya.

apa yang mengharukan, sahabat kami ini masih muda dan belum berumahtangga.
 beliau ditahan di wad untuk dipantau dan pemeriksaan lanjut menentukan beliau mesti menjalani rawatan dialisis dengan segera.

di sebalik kesedihan dan kesayuan tatkala rakan-rakan mengunjungi beliau di hospital, saya terfikir sendirian.... ujian yang diturunkan tidak mengenal usia dan latar belakang. seharusnya kita sebagai seorang insan kerdil lagi lemah perlu sentiasa membuat amal dan kebajikan sebagai bekalan di hari mendatang.


sebagai seorang muslim tentunya kita akan sentiasa memanjatkan doa supaya kita sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala penyakit berbahaya mahupun tidak berbahaya.

tatapi sebagai seorang manusia biasa yang diberi nafas untuk hidup di dunia ini..kita mesti sentiasa berikhtiar untuk meneruskan hidup dalam keadaan sihat dan sempurna. mengapa? kita perlu teruskan hidup supaya kita dapat beramal dan berjihad ke jalanNya. supaya kita dapat membuat kebajikan kepada yang memerlukan. supaya kita dapat berdakwah dan menyebarkan kebaikan di dunia sebagai bekalan di akhirat.
oleh itu..... kita mestilah membuat pemeriksaan kesihatan dengan segera bagi memastikan kondisi kita sempurna. agar dapat kita terus menyumbang bakti kepada masyarakat. atau paling tidak sekurang-kurangnya dapatlah kita berdoa untuk kesejahteraan orang2 di sekeliling kita.

doa saya buat Ustazah Rusilawati , semoga beliau sentiasa dilindungi Allah SWT. diberi kesembuhan , dan dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Amin.

Tuesday 5 July 2011

tanya jalan

petang semalam saya tiba awal ke sekolah SBT anak saya. setiap petang saya akan menjemput mereka pulang memandangkan suami sentiasa sibuk dan tidak memepunyai kesempatan.
sambil menunggu waktu anak2 pulang dari sekolah, saya mengambil peluang membaca buku 50 tips Motivasi Haji tulisan Profesor Muhd Kamil Ibrahim. buku itu saya peroleh melalui pesanan internet.

dari jauh saya nampak 4 anak muda berjalan ke arah kereta saya. mereka berhenti di hadapan kereta saya dan seolah2 sedang cuba menahan teksi. tentunya sukar mendapatkan teksi di kawasan sekolah yang dipenuhi oleh kenderaan ibu bapa yang menunggu anak2 pulang dari sekolah.

saya yang leka membaca , tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan pada cermin kereta saya. salah seorang pemuda itu memberi isyarat. saya fikir mereka cuba hendak menjual atau mempromosi sesuatu. tanpa berfikir panjang, saya mengangkat tangan dan memberi isyarat tidak berminat.

pemuda itu seolah2 tidak faham isyarat saya. oleh kerana saya tidak berani menurunkan cermin tingkap, sayup2 saya dengar pemuda itu memberitahu dia mahu bertanyakan arah jalan.  dengan perasaan berbelah bahagi saya menurunkan sedikit cermin kereta. dalam situasi sedemikian pastinya saya bimbang andai pemuda itu sebenarnya mahu meragut atau berniat jahat.

rupa-rupanya pemuda itu benar2 mahu bertanya jalan. alahai, kesiannya. saya telah menyangka yang bukan2 terhadap dia dan 3 orang sahabatnya. katanya mereka dari Kuala Lumpur dan sedang mengadakan road show di tempat saya. tidak pula saya bertanya apa road shownya.

disebabkan rasa bersalah dan kesian , saya menawarkan diri untuk menelfon teksi memandangkan sukar bagi mereka mendapatkan teksi dari situ. namun , Allah memudahkan laluan mereka apabila tiba-tiba ada sebuah teksi kosong lalu ke kawasan tersebut.

begitulah keadaannya bila persekitaran kita hari ini semakin tidak selamat. kita sentiasa terlalu berwaspada walaupun di kawasan yang sibuk. saya memang sangat paranoid dengan kejadian jenayah seperti rompak, ragut, bunuh dan sebagainya. mudah-mudahan Allah akan melindungi saya, keluarga saya dan kita semua.m

Aqil Nur Iman

anak sulung saya baru berumur 8 tahun 2 bulan. bersekolah di sebuah sekolah berprestasi tinggi tidah menjamin prestasi akademik Aqil juga tinggi. pening kepala saya bila keputusan peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan digit2 yang tidak memberangsangkan.
namun begitu saya tidak mahu terlalu serius memikirkan perkara ini memandangkan Aqil yang baru darjah dua. tetapi tidak pula saya ingin membiarkan dia terus leka dan lalai.
Aqil ni agak bijak dan cepat "catch up" dengan apa yang dipelajari. tetapi dia seorang yang kurang fokus dan tidak begitu tekun.
terpaksalah saya bersabar dengan kerenah Aqil yang manja dan kuat mengamuk andai disuruh secara berlebihan.
saya bukanlah seorang yang penyabar. tetapi terpaksa bersabar dengan sikap Aqil.
setiap malam saya akan mengadap Aqil untuk memastikan dia menyiapkan kerja rumah yang berlambak itu.
harap2 keputusan peperiksaan akhir tahun ini dapat la melonjakkan Aqil ke kelas yang lebih baik sesuai dengan taraf SBT sekolah tersebut.
                                           Mama dan Aqil ( tak sama muka kan?)

peningnya ada pembantu tetapi leganya jika berbaik sangka

salam....
saya ada seorang bibik. orangnya kecil molek. tingginya sama dengan anak sulung saya yang darjah 2.
salbiyah memang cekap, pandai mengaji dan rajin bersolat. walaupun kecik, tapi orangnya cekal dan rajin. dia baru sahaja menyambung permit kerja sementara untuk tahun yang ketiga. saya bersyukur kerana mempunyai seorang pembantu sepertinya.
walaupun mempunyai seorang pembantu seperti salbiyah, saya tidak terlepas daripada konflik dalaman majikan yang ada pembantu indonesia ni. mungkin ramai di luar sana setuju yang mempunyai pembantu rumah ni badan tak penat tapi kepala pening.
salbiyah ni pada dasarnya tak ada masalah sangat. tapi saya tidak boleh menolak fikiran buruk yang sering muncul mengganggu ketenangan saya. selalunya saya rasa bimbang andai tiba2 pembantu saya melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan saya atau keluarga saya teraniaya. apatah lagi andai mangsa itu ialah anak2 saya yang baru nak membesar.
namun begitu..... saya sering kali memujuk diri..... berburuk sangka sebenarnya tidak memberi apa2 keuntungan kepada saya. jalan terbaik ialah sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah. mudah2an dia melindungi anak2 saya dan seluruh keluarga saya dari sebarang penganiayaan dan kezaliman.
rupa2nya dengan berfikiran begitu, boleh membuat saya tenang dan lega. mudahnya Allah membantu saya. nikmat yang nampak sedikit, tetapi memberi kesan besar dalam diri saya.
andaikan jika dengan berburuk sangka kepada pembantu rumah yang keterlaluan... ia mungkin menyebabkan mood saya teruk bila saya pulang ke rumah lewat petang setiap hari. tentunya saya akan melepaskan kemarahan kepada pembantu rumah dengan cara yang kurang wajar. kasihan pembantu yang tidak tahu apa2 dan mungkin sepanjang hari itu bertungkus lumus bekerja dan menjaga anak2 saya dengan ikhlas dan sempurna.
Mudah-mudahan Allah sentiasa menyuci dan membersihkan hati saya dan org2 yang berada hampir dengan saya.


Monday 4 July 2011

Welcome to my blog!!!

Assalamualaikum dan hai semua.....
 hari ni 1 st time saya tergerak hati nak memulakan blog saya ni. sebenarnya hasrat nak kadi blogger ni dah bertahun2... baru hari ini ia menjadi realiti..
tak tau nak masukkan entry apa. tak tau apa yang menarik tentang saya... (macam tak ada yang menarik pun).

sebenarnya saya tertarik dengan blog seseorang yang saya kagumi. beliau banyak berkongsi pengalaman seharian yang sangat memotivasikan saya. namun saya bukanlah seorang penulis yang baik. saya khuatir andai tulisan saya boleh menimbulkan salah faham orang terhadap saya dan seluruh orang yang saya sayangi.
 jadi biarlah saya mulai blog ini dengan serba sederhana. mudah-mudahan saya diberi ilham melimpah ruah untuk menulis selepas ini.