Saturday, 22 August 2015

Lidah yang tajam

Lidah... Senjata paling tajam

Dah lama tak menceceh kat laman sendiri...
Tiba2 ptg ni rasa nak menulis... Selalunya idea ada... Tetapi ruang hendak menulis begitu sempit.

Semalam rumah boss lama buat makan2... Memang rindu nak jumpa dia. Kebetulan ada bos kecik kat skolah suarakan... Nak jumpa boss lama...
So... Saya aturkan acara kunjungan muhibah ke rumah x boss... Ada beberapa nama yg telah disenarai pendek utk join acara ini. Saya sebenarnya agak berat hati nak join sekali memandangkan si bukanh yang akan mendudiki UPSR tak lama lagi. Tapi sebab dah plan... Join le jugak...
Dipendekkan cerita... Masa kat umah boss tu... Member2 yg dtg ni bergurau dan usik mengusik... Kali ni.. Saya plak jadi bahan usikan... 
Entah kenapa dgn otak saya ptg itu... Saya jadi naik angin dan saya tempelak member yg dok mengusik tu. 
member saya terus terdiam... Dan tak menoleh ke arah saya lagi... 
Urghhh.... Memang rasa pelik sgt... Sbb saya tak pernah gaduh dgn dia.. Dia antara yg rapat... 
Hmmm.... Semua yg lain pun perasan.. Tapi depa buat2 tak tau... 
Kebetulan saya dtg dgn keluarga.. So.. Saya tak makan dgm diorang le... Kalau tak tentu lagi janggal... Sepanjang waktu makan saya tak fokus... Saya asa marah dgn diri sendiri yg cepat sgt melatah... Saya tasa bersalah dan geram... Rasa sedih... Rasa nak menangis... Paling teruk... Saya rasa saya bodoh.... Down sgt masa tu.... Member saya yg kene marah tu... Langsunh tak pandang muka saya... 😔😔😔😔... Padan muke laa kan... 
Masa tgh makan.. Saya dah msg dia mintak maaf...
Alhamdulillah... Semuanya okey dalam msg tu... 
Tapi saya tetap rasa janggal... Rasa nak jadi halimunan 🙈🙈

Moral of the story is: 
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana... 
Lidah kene jaga.. Bcakap bila perlu... 😔😔

Sunday, 28 June 2015

Most Inspiring And Emotional Commercial





salam semua....

selamat berpuasa dan salam Ramadhan...

bulan2 Ramadhan ni macam penat nak bercakap panjang kat kelas.  so.. intai2 la video kat youtube untuk dikongsi dengan diorang... banyak iklan2 kat youtube dan filem2 pendek juga.. sangat memberi inspirasi... nak2 bagi saya yang mengajar subjek yang dekat dengan isu2 kesepakatan, perpaduan, persefahaman ni... banyak iklan yang boleh kita kongsikan dan ianya penuh pengisian.



tapi video yang nak dikongsi ni bukan berkaita dengan perpaduan ponnn... tapi lebih kepada kasih sayang, persahabatan, pengorbanan... cerita banyak pon tak guna... jom tengok...



Monday, 3 November 2014

STPM DAN SPM dan segala jenis exam

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

hari ini bermulanya peperiksaan STPM dan SPM...
anak2 aku pula sedang menduduki peperiksaan sekolah agama darjah 4.
anak2 aku ni, bukanlah anak2 yang sangat cemerlang dalam pelajarannya. walaupun camtu.. suami sangat mementingkan pencapaian akademik anak2. suami lebih gigih berbanding aku. setiap kali musim exam, suami akan bertungkus lumus mengajara anak2 mengulangkaji pelajaran. jauh di sudut hati aku... aku mendapati suami seorang guru yang memang gigih bila mengajar.

tapi tu laa.. kadang2 kesian tengok suami... anak2 selalunya tidak fokus dengan apa yang diajar. aku selalu tak sabar dan naik geram dengan sikap anak2. sudahnya aku akan naik angin dan marah2.
bukannya aku tak tau marah2 tu bukan satu cara yang bijak bila mendidik anak2. tapi ntahlaaa....
bila dalam keadaan tenang... aku boleh laa rasionalkan fikiran aku ni... tapi dlm byk keadaan memang aku "fail" laa bab2 menahan marah ni....

selalunya aku akan menyalahkan diri sendiri bila tgk sikap anak2 aku. ye laa... org kata.. sikap dan perangai anak2 kite ni sebenarnya melambangkan diri mak ayah dia. huhu...

aku ni bukan tak tau apa yang patut dan tak patut aku buat.... tapi aku tak cukup istiqamah.

anak2 mama....
terutama Aqil dan Nubla...
good luck ye dalam exam... belajar rajin2... bukan untuk mama atau papa... tapi untuk masa depan awak berdua. Mama dan Papa sayang sangat kat awak. sukar nak gambarkan kasih sayang ini... tapi kadang2 kasih sayang itu tak terluah melalui perbuatan.

we love u so much....

haishhhhhh....
malalut plak aku ni....
meh sini nak kongsi beberapa tips apabila nak menghadapi exam...
(kredit untuk blog Cahaya Purnama)
Sebelas tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.



2.

Tenang dan percayakan diri sendiri


Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.



3.

Bersantailah tapi berhati-hati


Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.



4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu


Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.


5.

Jawab soalan secara strategik


Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih


Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.



7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis


Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.



8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya


Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.



9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan


Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.



10.

Analisa jawapan anda

11.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal


Monday, 21 October 2013

TAMAN NEGARA ULU TEMBELING 2013

assalam semua.....

lama tak update blog... saje nak nak share pengalaman ber"teambuilding" di taman negara last few weeks...
kitorang bertolak dah lewat malam, ingatkan perjalanan 2-3 jam je.. rupenye makan masa 9 jam gak. dah macam nak balik kg kat klantan dah....

sampai Kuala Tahan dalam kul 10.30 pagi. gitu gini check in dah kul 11.00 pagi... rehat dan menikmati bilik tido.. skali jumpe parang dalam laci meja..... koma jugak laa 2 saat..... pastu report kat reception... depa ambik parang tu.....

aktiviti bermula jam 1.30 petang... naik bot pancung (ye kot bot pancung) menuju ke tapak canopy walk.... jambatan gantung terpanjang (bukan tertinggi , okey,,) di Asia Tenggara.... tak jauh sangat.. dalam 10 minit dah sampai. air sungai Tembeling tu kaler dia macam air teh tarik gitewww... tapi boleh tahan dalam laaa.... kitorang semua pakai life jacket.... dalam bot ada 8 orang kot... lelaki 4 orang... shairul yang jadi centre of atraction pon dalam bot ni.. so, bising sket laa botnye....

naik canopy walk kire pengalaman pertama laaa... paling tinggi 45 meter.... laluan pertama tu gayat gak laa... tapi maintain laa tunjuk macho... takkan nak tunjuk takut.. sebab sebelum tu dah dok ngutuk shairul sbb dia gayat... hehehehe....

masuk je laluan ketiga, dah steady sket laa kan.... siap bagi semangat kat kengkawan.... yang jalan kat depan Zamsari... mungkin sebab berat badan yang tak sama, jambatannya kadang2 tidak berapa balance... nak share perasaan naik canopy walk ngan Zamsari cam tak sesuai plak.... dia tu pemalu amat.. kang cakap sensorang plak... jadi kekalkan maintai macho je laaa.....

habis canopy walk... nak pegi kampung orang asli plak.. mati2 ingat kene panjat gunung bagai... siap laa beli kasut sukan yg tapak sesuai untuk mendaki... rupe2nye tak payah pakai kasut sukan pun.... sbb takut basah masa rapid shooting.... tapi orait jugaklaa beli kasut croc baru.... hehehe

ni nak share sket ambo2 kat sana... kepada sesape yang belom pegi, eloklaa pegi.. memang best kat sini. percutian yang lain dari yang lain.. takde laa cuti tu asek duduk hotel mandi kolam je... takpun shopping... kat sini ada macam2 mende boleh tengok. cuma tak puas hati sbb tak dapat pegi tengok tempat perlindungan ikan kelah....

tu diaaa canopy walk nye.... berjalan dengan penuh gaya dengan sandal baru... hehehe

ni gambo ramai2 dengan remaja orang asli yang comel2... yg kiri tu namanya maisa, yang kanan nisa 

boleh plak terserempak dengan baby yang baru umur 4 hari... maknya dalam umur belasan tahun tapi ni anak ke 5 katanya....
bergambo reramai kat depan resort ni.... hapy je semua.... tahun depan nak datang lagi, boleh?


dengan anak2 dara.... Ann dan Melly...

pakat2 dok main air sungai kat perkampungan orang asli... macam kanak2 riang semuanya

gambo ni shot dari bawah... peserta paling gayat buat "peace"... kire hebat laa ni.. lain kali pi jambatan gantung tertinggi plak yeee

aik.... gambo ni pun ada? hehe.. ni dia sandal paling best abad ini... kalis air, selesa, lembut, bergaya... harga pun mampu milik.... 

Friday, 2 August 2013

Assamualaikum semua.....

Tinggal beberapa hari lagi kite akan beraya...
Saya dah mula bercuti hari ini... Maklumle cikgu skolah.....
Smalam hari last skolah.... Macam-macam perkara yang mesti diselesaikan... Paling utama ialah menyiapkan fail lesson plan... ( yang adakalanya menjadi lesson report).. Huhu
Kali ni big boss kata lesson plan tak payah hantar pada dia tapi pada supervisor masing2.....
Selain lesson plan... Saya juga kelam kelibut menyiapkan tugasan yg nak dibekalkan pada student f6 saya... Cuti lama tu... Lg pun pelajar saya 95% bukan islaam.. So, x ada masalah laa kan..... Memandangkan masa suntuk, saya tpaksa upload segala tugasan kat blog.. Sbb tu le blog saya ni nampak cacamarba sket.. Hehe

Smalam jugak ialah hari saya men'setel'kan segala order kuih raya kawan2.. Alhamdulillah walaupun takdele lumayan mana, tapi kire worait jugaklaa utk bisnes kecil2lan saya dan kawan2.....

Sblm balik ... Big boss memang dok nunggu cikgu2 sbb nak salam. Kabarnya big boss nangis2 masa salam ngan cikgu2... Hmmmmm..... Big bos saya ni garang dan tegas orgnya... Kat blakang dia kadang2 kani panggil harimau selatan...haha.... Dia tau kami panggil dia gitu.... Nakal kan?

Masa saya nak salam dgn beliau... Saya dah siap2 pesan... Haaa puan jgn nangis eh masa salam dgn saya... Ngeeeeeeee........

Ptg plak saya kene setelkan report lawatan ke korea yg dah sbulan lbh berlalu.. Dah overdue pun... Hehe... Report dah siap, cuma kene hantar binding je....

Gitu le jadual saya spaniang sia g ni...
Mlm ni lagi hari, saya kene hantar mak sedara saya pi naik bas... Dia nak balik braya kat kampung.... Maknanya mulai mlm ni saya akan sendirian menguruskan rumah dan anak .... Uwaaaaaaaaaaaaaaaa😭

Thursday, 1 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT BERCUTI SEMUA !!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

dalam tempoh 7 hari lagi umat Islam akan menyambut aidil fitri. mesti semua orang gembira kan....!

saya pun gembira jugak.. tapi lebih kepada gembira tengok anak-anak yang excited sangat.. untuk umur macam saya ni.. tak ada laa excited sangat... biasa2 je... lagi pun saya menjalani rutin tahunan hari raya kali ke 12 tahun ini.... apa maknanya tu? hehehe.... tahun ini ialah tahun yang ke 12 saya merayakan aidilfitri di daerah kelahiran suami. adik beradik suami akan balik ke sini dan kami akan buat aktiviti raya seperti mana orang lain jugak laa kan...

selalunya sehari sebeum raya , saya dan suami diberi tugasan untuk membeli barangan basah di pasar. kebiasaannya kami akan keluar seawal lepas subuh. tahun ni tak tau la macam mana sebab tahun ni saya kene berdikari maklumlaa dah tak ada maid... huhu....

untuk semua students saya di SSIJB... saya ucapkan selamat bercuti dan jangan lupe siapkan homework tau!..... terutama pra u 2S3 dan pra U 1S2.... jangan nakal2 masa cuti, Basit jangan main mercun banyak sangat.... :P

Tuesday, 30 August 2011

Aidilfitri 2011

salam syawal..

dah lama saya tak update blog saya ni.. banyak sangat perkara yang nak difikirkan dan dibuat.... tup2.. hari ni dah raya. seperti 9 kali raya yang sudah.. saya menyambut syawal di johor bahru bersama keluar mentua dan ipar duai. family husband ni besar. 7 beradik semuanya. 4 beradik menetap di jb, 2 di shah alam dan 1 di manjung, perak.

suatu perkara yang menarik tentang keluarga ini ialah hampir setiap kali syawal mereka akan berkumpul . hampir tidak ada yang gagal.

aura syawal mula terasa sehari sebelum. saya dan suami akan ditugaskan untuk membeli segala barang basah.
berikut ialah senarainya :
1. ayam - 7 ekor
2. daging segar - 5 kg
3. babat - 1 kg
4. paru - 1 kg
5. udang - 2 kg
6. bawang - 1 guni
7. bawang puteh - 1 kg
8. kacang panjang - 2 kg
9. santan - 7kg
10. tempe - 25 keping
11. tauhu - 25 keping
dan macam2 lagi.... dah lupe... tu bahagian saya... bahagian kakak ipar saya lain pulak... dia bahagian barang kering...
daripada bermacam2 bahan ini, maka terhasillah menu berikut :
1. sambal goreng tempe
2. ayam masak merah
3. rendang daging
4. ketupat
5. kuah kacang

hmm.... meriah tak... hehehe... jom kita tengok sape laa yang memeriahkan hari raya saya di johor bahru ni...

 kesayangan ku : dari kiri; aqil nur iman, papa, mama, Khayra dan nubla

                    salam-salam raya... macam salam masa batal air sembahyang je

                         bersama aqil dan nubla yang puasa sepanjang Ramadan

                   keluarga akak : from left; aqila, akak, abang fendi, ameera, athirah


ini aje laa yang sanggup saya upload kat sini... ini cuma sebahagian kecil... tapi saya percaya ia sudah cukup menggambarkan kemeriahan 1 syawal kami.. insyaAllah kalau ada kesmepatan, saya upload lagi...
okey, selamat hari raya!