Thursday 1 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN SELAMAT BERCUTI SEMUA !!

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

dalam tempoh 7 hari lagi umat Islam akan menyambut aidil fitri. mesti semua orang gembira kan....!

saya pun gembira jugak.. tapi lebih kepada gembira tengok anak-anak yang excited sangat.. untuk umur macam saya ni.. tak ada laa excited sangat... biasa2 je... lagi pun saya menjalani rutin tahunan hari raya kali ke 12 tahun ini.... apa maknanya tu? hehehe.... tahun ini ialah tahun yang ke 12 saya merayakan aidilfitri di daerah kelahiran suami. adik beradik suami akan balik ke sini dan kami akan buat aktiviti raya seperti mana orang lain jugak laa kan...

selalunya sehari sebeum raya , saya dan suami diberi tugasan untuk membeli barangan basah di pasar. kebiasaannya kami akan keluar seawal lepas subuh. tahun ni tak tau la macam mana sebab tahun ni saya kene berdikari maklumlaa dah tak ada maid... huhu....

untuk semua students saya di SSIJB... saya ucapkan selamat bercuti dan jangan lupe siapkan homework tau!..... terutama pra u 2S3 dan pra U 1S2.... jangan nakal2 masa cuti, Basit jangan main mercun banyak sangat.... :P

No comments:

Post a Comment