Tuesday 7 June 2016

Pengajian Am



Pengajian Am Penggal 3 
ANALISA DATA : PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
  1. 2 Soalan dikemukakan dan calon perlu menjawab satu soalan sahaja.
  2. Bentuk soalan yang lazim ialah jadual, graf garisan, carta pai, carta aliran, graf bar.
  3. Soalan-soalan bisanya menguji keupayaan calon memahami bahan asal dan kemudian mentafsir mengikut kehendak soalan.
  4. Setiap idea perlu dijelaskan dengan sokongan data dan hujah yang sesuai.
  5. setiap jawapan mestilah lengkap iaitu mempunyai pendahuluan, idea utama, dan kesimpulan. Jawapan calon biasanya antara 6 hingga 7 perenggan mengikut bilangan idea.
  1. dalam bahagian pendahuluan, nyatakan secara umum tentang pokok perbincangan, data atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  1. dalam bahagian isi pula, pastikan kehendak soalan yang dibincangkan. Biasanya dua bahagian akan dikemukakan, iaitu perubahan pembolehubah dan sebab-sebah berlakunya perubahan tersebut atau cadangan
  2. kelemahan calon dalam bahagian E ialah:
-          calon Cuma memindahkan maklumat
-          idea utama tidak jelas dan tidak relevan
-          idea tidak dihuraikan dengan lengkap
-          tidak menyertakan hasil analisis seperti peratus, nilai mutlak, data dan sebagainya.
-          Masa tida diperuntukkan secukupnya.
-           
  1. cara menganalisa :
a.    analisa mestilah analisa data
b.    mesti merujuk kepada isi tersirat dan tersurat
c.    boleh dibuat dalam bentuk nilai mutlak atau nilai peratus
d.    biasanya dikemukakan dalam bentuk perbandingan dua tahun atau dua maklumat, perbandingan tiga tahun atau tiga maklumat, perbandingan lebih daripada tiga tahun atau tiga maklumat bebas.
e.    Analisa data yang melibatkan carta pai , pola yang digunakan adalah peratus yang dikemukakan kecuali jumlah besar yang mesti menggunakan nilai mutla serta penggunaan peratus perubahan.

  1. contoh soalan satu :
berdasarkan jadual, jelaskan perubahan nilai perolehan pelbagai kegiatan ekonomi Negara pada tahun 2004 dengan 2005.

MALAYSIA : Nilai Perolehan pelbagai kegiatan ekonomi pada tahun 2004 dengan 2005.
Jenis kegiatan (RM juta)
2004
2005
Pola
Penoreh getah
2010
5222
Meningkat
nelayan
8432
6411
Merosot
Pekerja lombong
15 325
16 900
Meningkat
Penanam kopi
2111
-
Tidak melengkapi (luar biasa)
Lain-lain
6777
6777
Tidak berubah

No comments:

Post a Comment