Pengajian Am Penggal 3
ANALISA
DATA : PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B
- 2 Soalan dikemukakan dan calon perlu menjawab satu soalan sahaja.
- Bentuk soalan yang lazim ialah jadual, graf garisan, carta pai, carta aliran, graf bar.
- Soalan-soalan bisanya menguji keupayaan calon memahami bahan asal dan kemudian mentafsir mengikut kehendak soalan.
- Setiap idea perlu dijelaskan dengan sokongan data dan hujah yang sesuai.
- setiap jawapan mestilah lengkap iaitu mempunyai pendahuluan, idea utama, dan kesimpulan. Jawapan calon biasanya antara 6 hingga 7 perenggan mengikut bilangan idea.
- dalam bahagian pendahuluan, nyatakan secara umum tentang pokok perbincangan, data atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- dalam bahagian isi pula, pastikan kehendak soalan yang dibincangkan. Biasanya dua bahagian akan dikemukakan, iaitu perubahan pembolehubah dan sebab-sebah berlakunya perubahan tersebut atau cadangan
- kelemahan calon dalam bahagian E ialah:
-
calon Cuma memindahkan maklumat
-
idea utama tidak jelas
dan tidak relevan
-
idea tidak dihuraikan dengan lengkap
-
tidak menyertakan hasil analisis seperti
peratus, nilai mutlak, data dan sebagainya.
-
Masa tida diperuntukkan secukupnya.
-
- cara menganalisa :
a.
analisa mestilah analisa data
b.
mesti merujuk kepada isi tersirat dan
tersurat
c.
boleh dibuat dalam bentuk nilai mutlak atau
nilai peratus
d.
biasanya dikemukakan dalam bentuk
perbandingan dua tahun atau dua maklumat, perbandingan tiga tahun atau tiga
maklumat, perbandingan lebih daripada tiga tahun atau tiga maklumat bebas.
e.
Analisa data yang melibatkan carta pai , pola
yang digunakan adalah peratus yang dikemukakan kecuali jumlah besar yang mesti
menggunakan nilai mutla serta penggunaan peratus perubahan.
- contoh soalan satu :
berdasarkan
jadual, jelaskan perubahan nilai perolehan pelbagai kegiatan ekonomi Negara
pada tahun 2004 dengan 2005.
MALAYSIA : Nilai
Perolehan pelbagai kegiatan ekonomi pada tahun 2004 dengan 2005.
Jenis kegiatan (RM
juta)
|
2004
|
2005
|
Pola
|
Penoreh getah
|
2010
|
5222
|
Meningkat
|
nelayan
|
8432
|
6411
|
Merosot
|
Pekerja lombong
|
15 325
|
16 900
|
Meningkat
|
Penanam kopi
|
2111
|
-
|
Tidak melengkapi
(luar biasa)
|
Lain-lain
|
6777
|
6777
|
Tidak berubah
|
No comments:
Post a Comment